Tuesday 28 June 2011

Peringatan dari Israk dan Mikraj

Solat adalah asas penting yang menjadi kewajipan kepada manusia.Kefardhuan solat diwatikahkah sendiri oleh Allah kepada Rasullulah tanpa sebarang perantaraan sepertimana perkara-perkara fardhu yang lain.BIlamana matinya anak adam maka persoalan tentang solatlah yang menjadi pokok utama yang akan dipersoalkan dahulu.Kenapa solat  itu penting ?Kerana itulah tanda atau bukti pengakuan kita sebagai hamba  kepada Allah,tanda kesyukuran terhadap segala nikmat yang diberikan kepada kita tanpa satu senpun perlu kita membayar kepadaNya sedangkan nikmat yang diberikan itu tak terhitung banyaknya dan bernilainya kepada kita.lihat dalam diri kita pun tak terkira nilainya, dengan mata yang boleh melihat , telinga yang dapat mendengar mulut yang dapat berbicara ,darah yang dapat mengalir dalam setiap urat saraf kita dan banyak lagi,jika hanya salah satu nikmat itu dtarikpun maka betapa besarnya kekurangan yang akan kita rasai
.Itulah online yang sepatutnya  tidak kita putuskan selagimana kita diberi nafas dan ruh dalam jasad kita.Solat seharusnya penting sepertimana pentingnya kita makan setiap hari, kita akan jatuh sakit jika tidak makan ,begitulah jika tidak solat jiwa kita akan sakit dan akan lahirlah diri -diri yang sukar untuk membuat kebaikan sebaliknya suka dengan kemaksiatan.Sesungguhnya solat yang khusyuk itulah adalah benteng senjata  kukuh yang telah diberikan oleh  Al lah kepada kita. Maka fikir-fikirkanlah kita bersama-sama supaya pengakhiran kita biarlah dalam khusnul klhatimah...wallahualam....
Terima Kasih sudi membaca , Syukran (!)